Wednesday 5 December 2012

Kembara seorang Lelaki (Episod 4)

Ramadhan telah bermula.. Aku telah keluar dari rumah sewa. Dengan sedikit duit gaji yang kusimpan, aku bertekad nak berniaga menjual burger. Modal memang tak cukup. Jadi kuberanikan diri berjumpa Abang Din sebelum dia bertolak pulang ke kampungnya di Kelantan.

"Abang, boleh saya bercakap sedikit?" Soalku. Abang Din hanya mengangguk.Aku berterus terang kepadanya mahu meminjam sedikit wang untuk berniaga burger. Abang Din tersenyum dan dengan mudah dia memberi wang kepadaku.

" Ambillah duit ini. Mulakan perniagaan dengan baik dan jujur. InsyaAllah kamu akan berjaya di ibu Kota ini." bicara ringkas Abang Din.

"Terima..terima kasih Bang Din..terima kasih.. Ya Allah syukurnya...Saya berjanji akan pulangkan duit modal ni bang." Pucat mukaku bila menerima wang itu..melihat pada ikatan getah pada wang itu, dapat aku bayangkan jumlah duit itu lebih daripada rm 1000.

" Bila dah berjaya nanti kamu pulangkanlah duit itu, tapi jika kamu tak ingat kat abang pun, abang dah halalkan semuanya hahaha " seloroh Abang Din.. ya Allah sungguh mulia sifatnya. Aku berjanji dalam hati akan membayar balik pinjaman itu. Abang Din telahpun memulakan perjalanannya. Kini tinggal aku yang baru nak memulakan langkahku.

Dengan sedikit duit yang ada, aku menyewa sebuah pangsapuri kecil. Rumahnya sangat kecil. Tapi berbaloilah dengan orang yang tiada kelulusan sepertiku. Kubulatkan tekad untuk mengorak langkah. Buat dua tiga kerja sehari pun tak apa asalkan dapat duit dan dapat kumpul duit. Dalam hatiku berbisik "nak buat apa duduk kat rumahpun.. katilpun tak ada hehe"..

Dengan sedikit usaha, dapat juga aku berniaga burger di kawasan rumahku. Penduduk juga sudah semakin mengenaliku. Kerana aku tidak pernah 'miss' solat berjemaah di surau kawasan rumah flet ku itu. Itulah sebenarnya rahsia yang Allah tetapkan. Kita akan dapat ramai kenalan jika rajin solat berjemaah. Aku mula disukai oleh penduduk di situ. Budak-budak muda juga sudah mula suka melepak di kiosk burgerku yang hampir roboh itu untuk memeriahkan keadaan. Waktu siang aku bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasaraya. Walaupun letih tapi bahagia rasanya bila sudah mula boleh dapat duit dengan hasil titik peluh sendiri. Rezeki yang halal.
(Bersambung)