Arifin sangat terkenal dengan kenakalannya.. mencuri buah durian, memancitkan tayar basikal orang, membakar reban ayam, membaling batu ke tingkap rumah orang dan macam-macam lagi. pak Ali sangat sedih dengan kenakalan anaknya itu. Pak Ali termenung memikirkan bagaimana nak mengubah sikap dan perangai anaknya itu.. Kalau terlambat mungkin masa depannya gelap dan kelam.
Pada suatu pagi, Pak Ali mendapat satu idea. Dia memanggil Arifin. "Arifin, mari sekejap nak, ayah nak cakap ni".
"kenapa daddy?" sahut Arifin dengan nada endah tak endah
"ipin nampak tak dinding tu?" soal Pak Ali sambil menuding jarinya ke arah dinding rumah papan mereka. "Saya belum buta la daddy..Awatnya? "
"Okay.. mulai hari ini ayah mahu kamu berubah. Mesti menjadi seorang lelaki yang baik. Mulai saat ini.. setiap satu kali ayah dengar ada aduan tentang kamu, ayah akan pakukan sebatang paku pada dinding tu..dan..kalau ayah dapat tahu kamu melakukan satu kebaikan..ayah akan tarik balik satu paku di dinding itu "..
" Laaa..kenapa pulak ni..tak sihat ke? suka hati daddy lah nak buat apa..bye bye.." sahut Arifin dengan begitu tidak serius tentang nasihat bapanya lalu berlari keluar rumah.
Hari demi hari berlalu..perangai Arifin masih tidak berubah. Setiap hari Pak Ali memaku dinding rumahnya sampaikan hampir penuh dinding rumahnya dengan paku.
Pada suatu hari, Arifin yang pada mulanya mengambil sikap endah tak endah dengan nasihat bapanya terkejut melihat dinding rumah mereka yang hampir dipenuhi paku..Hatinya mula terdetik..tiba-tiba berasa malu dengan dirinya sendiri. Pak Ali tidak membencinya malah melayannya seperti biasa. Cuma tangannya yang bergerak memaku dinding setiap kali ada pihak yang mengadu tentang perangai anaknya yang tersayang itu.
Arifin tekad untuk berubah. Apabila melihat paku yang begitu banyak baru dia sedar betapa buruknya rumah mereka dan begitu jugalah begitu buruk tanggapan orang kampung kepada dia dan bapanya... Arifin mengayuh basikalnya.. dia pergi ke surau buat kali pertama setelah 4 5 tahun. Pak Ali gembira.. Satu paku di cabut. Esoknya Arifin membantu bapanya menyapu halaman rumah yang penuh dengan daun.. satu lagi paku dicabut..
setelah berbulan-bulan akhirnya semua paku telah dicabut dan Arifin benar-benar telah berubah menjadi seorang remaja yang baik..
Pada satu malam selepas balik daripada majlis Bacaan Yassin dan Tahlil di surau, Arifin dan Pak Ali duduk bersama di dalam rumah mereka.. Arifin tiba-tiba mengeluarkan air mata dan meminta maaf kepada bapanya atas segala kesalahnnya yang lampau. Dia menyesal kerana memalukan bapanya selama ini. Dia berjanji untuk menjadi anak yang baik dan berjaya di dalam hidup.
"Tak usahlah kamu menangis, ayah memang harap kamu berubah menjadi baik". Pak Ali berkata lembut.
"Ayah.. cuba ayah tengok di dinding itu.. walaupun semua paku telah ayah cabut, namun kesannya di dinding masih nampak.. dinding itu berlubang ayah... itu yang buat Arifin sedih.. Walaupun Arifin kini orang baik.. tentu perbuatan-perbuatan Arifin dahulu orang masih kenang dan masih marah.." Kata Arifin dengan nada yang sebak..
"Wahai anakku..yang lebih penting adalah kita merubah diri kita menjadi baik. Walaupun ada kesan yang buruk..itu adalah tanda supaya kita sedar, setiap perbuatan kita pasti akan ada kesannya. Nanti kita tukar dinding baru ya" Pak Ali menasihatkan Arifin sambil tersengih..
"tak payahlah ayah.. Arifin nak tunjukkan dinding ni pada isteri dan anak-anak Arifin nanti.." kedua-dua mereka tersenyum..
Arifin yang gigih belajar akhirnya berjaya menjadi seorang doktor pakar. Pak Ali kini sangat berbangga dengan anaknya itu yang pada suatu masa dulu sering menconteng arang di mukanya.. Kuasa Allah mampu mengatasi segala-galanya.
-tamat-
No comments:
Post a Comment