Wednesday 15 June 2011

kembara seorang lelaki episod 1

Aku berjalan tunduk.. mengenang nasib yang kurang bertuah. Masih terngiang-ngiang suara bapaku mengamuk kerana mendapat keputusan peperiksaan yang menyedihkan..

" kau nak kerja apa? dasar pemalas... lihat kawan-kawan semua berjaya.. malunya aku!!" begitulah bunyi amukan bapaku.. seorang bapa yang sangat garang. Aku mengambil keputusan meninggalkan kampungku, merantau ke ibu kota. Mungkin aku dapat mengubah nasib.

Kini aku berada di hadapan Sogo.Duit dalam poket tak sampai lima puluh ringgit. Itupun harapkan belas kasihan sahabatku di kampung. Harap-harap dapatla cari kerja di Kuala Lumpur. Dah ramai kawan-kawanku datang mencari rezeki di Kuala Lumpur. Bila musim perayaan balik kampung dengan penuh gaya. Bawa kereta Satria, kereta Myvi.. Aku apa yang ada? hanya sebuah basikal tua buruk yang sekarangpun dah rosak kerana amukan bapaku.. dicampaknya basikalku itu sampai rosak.

Aku melangkah sampai di sebuah medan selera. "abang, ada kerja kosong tak kat sini? Saya boleh tolong." ku bertanya kepada pemilik kedai yang sedang berpeluh seperti tak cukup kaki tangan. Termenung sebentar lelaki itu. "kau boleh buat apa?" tanyanya. Aku dengan semangat terus menjawab "Apapun boleh bang. Saya boleh buat apa sahaja. basuh pinggan boleh, ambil order pun boleh. Kalau nak suruh buat air atau masak kena belajar dulu la.." tersenyum tuan kedai itu mendengar jawapanku..

"ok lah..kau tolong basuh dulu pinggan mangkuk tu..panggil aku abang Din. Kau tinggal kat mana?" Abang Din bersetuju menerima aku bekerja dan mula menyoal. " err.. saya baru sampai dari kampung.." jawabku perlahan..

"kalau macam tu kau tinggal dengan abang. Yang lain-lain nanti kita bincang.." celah Abang Din.

Yahuuuu.. aku macam nak lompat tinggi-tinggi sampai ke awan kerana terlalu gembira...(bersambung)


No comments:

Post a Comment