Wednesday 5 December 2012

Kembara seorang Lelaki (Episod 4)

Ramadhan telah bermula.. Aku telah keluar dari rumah sewa. Dengan sedikit duit gaji yang kusimpan, aku bertekad nak berniaga menjual burger. Modal memang tak cukup. Jadi kuberanikan diri berjumpa Abang Din sebelum dia bertolak pulang ke kampungnya di Kelantan.

"Abang, boleh saya bercakap sedikit?" Soalku. Abang Din hanya mengangguk.Aku berterus terang kepadanya mahu meminjam sedikit wang untuk berniaga burger. Abang Din tersenyum dan dengan mudah dia memberi wang kepadaku.

" Ambillah duit ini. Mulakan perniagaan dengan baik dan jujur. InsyaAllah kamu akan berjaya di ibu Kota ini." bicara ringkas Abang Din.

"Terima..terima kasih Bang Din..terima kasih.. Ya Allah syukurnya...Saya berjanji akan pulangkan duit modal ni bang." Pucat mukaku bila menerima wang itu..melihat pada ikatan getah pada wang itu, dapat aku bayangkan jumlah duit itu lebih daripada rm 1000.

" Bila dah berjaya nanti kamu pulangkanlah duit itu, tapi jika kamu tak ingat kat abang pun, abang dah halalkan semuanya hahaha " seloroh Abang Din.. ya Allah sungguh mulia sifatnya. Aku berjanji dalam hati akan membayar balik pinjaman itu. Abang Din telahpun memulakan perjalanannya. Kini tinggal aku yang baru nak memulakan langkahku.

Dengan sedikit duit yang ada, aku menyewa sebuah pangsapuri kecil. Rumahnya sangat kecil. Tapi berbaloilah dengan orang yang tiada kelulusan sepertiku. Kubulatkan tekad untuk mengorak langkah. Buat dua tiga kerja sehari pun tak apa asalkan dapat duit dan dapat kumpul duit. Dalam hatiku berbisik "nak buat apa duduk kat rumahpun.. katilpun tak ada hehe"..

Dengan sedikit usaha, dapat juga aku berniaga burger di kawasan rumahku. Penduduk juga sudah semakin mengenaliku. Kerana aku tidak pernah 'miss' solat berjemaah di surau kawasan rumah flet ku itu. Itulah sebenarnya rahsia yang Allah tetapkan. Kita akan dapat ramai kenalan jika rajin solat berjemaah. Aku mula disukai oleh penduduk di situ. Budak-budak muda juga sudah mula suka melepak di kiosk burgerku yang hampir roboh itu untuk memeriahkan keadaan. Waktu siang aku bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasaraya. Walaupun letih tapi bahagia rasanya bila sudah mula boleh dapat duit dengan hasil titik peluh sendiri. Rezeki yang halal.
(Bersambung)

Thursday 28 July 2011

kembara seorang lelaki (episod 3)

Bulan Ramadhan kian hampir.. Abang Din datang menemuiku..mukanya agak pucat dan seperti orang yang serba salah.. Dia menghampiri aku dan duduk bersama di bawah pokok rambutan..Hampir dua tiga minit dia masih membisu seolah-olah sedang menyusun ayat...

"Ada apa Bang Din?" aku memulakan bicara melihat Abang Din masih membisu.

"errr...hmm.. Sebenarnya ada hal penting abang nak cakap ni..tapi abang macam serba salah nak cakap dekat awak.."

Kami berdua terdiam. Aku gelisah menanti ayat-ayat seterusnya dari mulut abang Din. Seolah-olah ada berita buruk yang ingin dia khabarkan kepada aku.

"Apa perkara tu bang? Cakap ajelah. "
"Sebenarnya bermula bulan puasa nanti, abang bercadang nak tutup kedai makan tu. Abang nak balik kampung dan memulakan perniagaan di sana pulak. Orang tua abang dah uzur. Mereka minta abang balik kampung menjaga mereka. Abang pun dah dapat tapak nak buka kedai makan kat area kampung abang sana. Dan kedai kita sekarang tu abang dah jual dekat seorang lelaki India Muslim. Mungkin akan jadi Kedai Mamak lepas ni." Abang Din bercakap berterus terang dengan suara yang tersekat-sekat..

Aku tertunduk.. Nampaknya aku sudah nampak nasib tidak menyebelahi aku lagi..

"Maksudnya saya dan kawan-kawan akan diberhentikan kerja?" Aku bertanya dengan suara yang lemah..

"Abang minta maaf.. perniagaan abang di Kuala Lumpur ini sangat baik. Untung pun sangat banyak.. tapi bila orang tua buat permintaan, tak mungkin abang dapat menolak. Lagipun abang ni satu-satunya anak lelaki dalam keluarga abang. Awak pergilah minta kerja di tempat lain. Abang akan tetap bayar gaji kamu semua sampai sebelum puasa ni. Rumah sewa ni pun kamu semua boleh menetap sampai hujun bulan ni saja. Itu saja yang abang nak cakapkan dengan kamu."

Aku tertunduk. Air mata yang hampir keluar masih kutahan. Abang Din bangun meninggalkan kerusi dan pulang ke rumahnya. Aku termenung merenung bulan. Kemanakah lagi hala tujuku selepas ini? Apakah nasibku akan lebih baik atau menjadi manusia yang bernasib paling malang di dunia? ...Aku berdoa kepada Allah agar mendapat takdir yang baik.. (bersambung)

Tuesday 5 July 2011

kembara seorang lelaki episod 2

Sudah seminggu aku bekerja sebagai pembantu di gerai makan. Gembira rasanya dapat pengalaman baru seperti ini. Pelanggan-pelanggan tetap gerai bosku juga sudah mengenali aku. Dari tukang cuci, aku sudah pandai ambil tempahan makanan dan yang paling seronok bos dah percaya kepadaku untuk menyiapkan minuman pelanggan.

Malam ini aku duduk di bawah pokok rambutan di hadapan rumah sewaku. Aku tinggal bersama dua lagi pekerja gerai iaitu Ali dan Mamat. Mereka juga sudah begitu mesra denganku. Entah kemana mereka pergi malam ni tak nampak rupa.

Aku teringat zaman persekolahanku. Sebenarnya aku tidaklah sebodoh mana. Boleh dikatakan antara pelajar yang bijak pandai. Guru-guru juga amat sayang kepadaku. Malangnya takdir Tuhan menyebabkan aku gagal di dalam peperiksaan yang paling penting di Negara yang tercinta ini. Seminggu sebelum peperiksaan aku menjadi mangsa langgar lari ketika cuba menjadi hero menyelamatkan seorang makcik yang diragut. Tangan kananku patah. Walaupun perbuatanku itu boleh dikira amat mulia, namun bapaku amat marah dan membebel 3 hari 3 malam. Disebabkan tanganku patah, aku tak dapat menduduki peperiksaan yang amat penting itu. Takkan nak tulis jawapan dengan kaki kan..

Disebabkan kemiskinan juga aku tak dapat pergi ke sekolah lagi untuk menduduki peperiksaan pada tahun ini. Aku sedar kemarahan bapaku bersebab. Sia-sia saja dia menanggung makan minumku, beri wang belanja sekolah, bayar yuran itu yuran ini, akhirnya aku tak menduduki peperiksaan yang terpenting itu. Aku tak berani nak menyuarakan hasrat untuk bersekolah lagi setahun memandangkan masih ramai adikku yang perlu bersekolah. Biarlah aku meneruskan kehidupan ini.. biarlah aku mengikut angin.. ke kanan angin bertiup, ke kananlah aku.. ke kiri angin bertiup, ke kirilah aku.. Takdir ini jugalah yang menyebabkan aku sampai ke Bandaraya Kuala Lumpur yang gah ini... (bersambung)

Friday 17 June 2011

Kisah bapa dan anak yang nakal

Pada suatu masa dahulu..di hujung kampung Hujung Jambatan, tinggal seorang lelaki bersama anaknya yang sedang meningkat remaja. Lelaki itu dipanggil Pak Ali oleh orang-orang kampung manakala anaknya bernama Arifin.

Arifin sangat terkenal dengan kenakalannya.. mencuri buah durian, memancitkan tayar basikal orang, membakar reban ayam, membaling batu ke tingkap rumah orang dan macam-macam lagi. pak Ali sangat sedih dengan kenakalan anaknya itu. Pak Ali termenung memikirkan bagaimana nak mengubah sikap dan perangai anaknya itu.. Kalau terlambat mungkin masa depannya gelap dan kelam.

Pada suatu pagi, Pak Ali mendapat satu idea. Dia memanggil Arifin. "Arifin, mari sekejap nak, ayah nak cakap ni".

"kenapa daddy?" sahut Arifin dengan nada endah tak endah

"ipin nampak tak dinding tu?" soal Pak Ali sambil menuding jarinya ke arah dinding rumah papan mereka. "Saya belum buta la daddy..Awatnya? "

"Okay.. mulai hari ini ayah mahu kamu berubah. Mesti menjadi seorang lelaki yang baik. Mulai saat ini.. setiap satu kali ayah dengar ada aduan tentang kamu, ayah akan pakukan sebatang paku pada dinding tu..dan..kalau ayah dapat tahu kamu melakukan satu kebaikan..ayah akan tarik balik satu paku di dinding itu "..

" Laaa..kenapa pulak ni..tak sihat ke? suka hati daddy lah nak buat apa..bye bye.." sahut Arifin dengan begitu tidak serius tentang nasihat bapanya lalu berlari keluar rumah.

Hari demi hari berlalu..perangai Arifin masih tidak berubah. Setiap hari Pak Ali memaku dinding rumahnya sampaikan hampir penuh dinding rumahnya dengan paku.

Pada suatu hari, Arifin yang pada mulanya mengambil sikap endah tak endah dengan nasihat bapanya terkejut melihat dinding rumah mereka yang hampir dipenuhi paku..Hatinya mula terdetik..tiba-tiba berasa malu dengan dirinya sendiri. Pak Ali tidak membencinya malah melayannya seperti biasa. Cuma tangannya yang bergerak memaku dinding setiap kali ada pihak yang mengadu tentang perangai anaknya yang tersayang itu.

Arifin tekad untuk berubah. Apabila melihat paku yang begitu banyak baru dia sedar betapa buruknya rumah mereka dan begitu jugalah begitu buruk tanggapan orang kampung kepada dia dan bapanya... Arifin mengayuh basikalnya.. dia pergi ke surau buat kali pertama setelah 4 5 tahun. Pak Ali gembira.. Satu paku di cabut. Esoknya Arifin membantu bapanya menyapu halaman rumah yang penuh dengan daun.. satu lagi paku dicabut..

setelah berbulan-bulan akhirnya semua paku telah dicabut dan Arifin benar-benar telah berubah menjadi seorang remaja yang baik..

Pada satu malam selepas balik daripada majlis Bacaan Yassin dan Tahlil di surau, Arifin dan Pak Ali duduk bersama di dalam rumah mereka.. Arifin tiba-tiba mengeluarkan air mata dan meminta maaf kepada bapanya atas segala kesalahnnya yang lampau. Dia menyesal kerana memalukan bapanya selama ini. Dia berjanji untuk menjadi anak yang baik dan berjaya di dalam hidup.

"Tak usahlah kamu menangis, ayah memang harap kamu berubah menjadi baik". Pak Ali berkata lembut.

"Ayah.. cuba ayah tengok di dinding itu.. walaupun semua paku telah ayah cabut, namun kesannya di dinding masih nampak.. dinding itu berlubang ayah... itu yang buat Arifin sedih.. Walaupun Arifin kini orang baik.. tentu perbuatan-perbuatan Arifin dahulu orang masih kenang dan masih marah.." Kata Arifin dengan nada yang sebak..

"Wahai anakku..yang lebih penting adalah kita merubah diri kita menjadi baik. Walaupun ada kesan yang buruk..itu adalah tanda supaya kita sedar, setiap perbuatan kita pasti akan ada kesannya. Nanti kita tukar dinding baru ya" Pak Ali menasihatkan Arifin sambil tersengih..

"tak payahlah ayah.. Arifin nak tunjukkan dinding ni pada isteri dan anak-anak Arifin nanti.." kedua-dua mereka tersenyum..

Arifin yang gigih belajar akhirnya berjaya menjadi seorang doktor pakar. Pak Ali kini sangat berbangga dengan anaknya itu yang pada suatu masa dulu sering menconteng arang di mukanya.. Kuasa Allah mampu mengatasi segala-galanya.

-tamat-

Wednesday 15 June 2011

kembara seorang lelaki episod 1

Aku berjalan tunduk.. mengenang nasib yang kurang bertuah. Masih terngiang-ngiang suara bapaku mengamuk kerana mendapat keputusan peperiksaan yang menyedihkan..

" kau nak kerja apa? dasar pemalas... lihat kawan-kawan semua berjaya.. malunya aku!!" begitulah bunyi amukan bapaku.. seorang bapa yang sangat garang. Aku mengambil keputusan meninggalkan kampungku, merantau ke ibu kota. Mungkin aku dapat mengubah nasib.

Kini aku berada di hadapan Sogo.Duit dalam poket tak sampai lima puluh ringgit. Itupun harapkan belas kasihan sahabatku di kampung. Harap-harap dapatla cari kerja di Kuala Lumpur. Dah ramai kawan-kawanku datang mencari rezeki di Kuala Lumpur. Bila musim perayaan balik kampung dengan penuh gaya. Bawa kereta Satria, kereta Myvi.. Aku apa yang ada? hanya sebuah basikal tua buruk yang sekarangpun dah rosak kerana amukan bapaku.. dicampaknya basikalku itu sampai rosak.

Aku melangkah sampai di sebuah medan selera. "abang, ada kerja kosong tak kat sini? Saya boleh tolong." ku bertanya kepada pemilik kedai yang sedang berpeluh seperti tak cukup kaki tangan. Termenung sebentar lelaki itu. "kau boleh buat apa?" tanyanya. Aku dengan semangat terus menjawab "Apapun boleh bang. Saya boleh buat apa sahaja. basuh pinggan boleh, ambil order pun boleh. Kalau nak suruh buat air atau masak kena belajar dulu la.." tersenyum tuan kedai itu mendengar jawapanku..

"ok lah..kau tolong basuh dulu pinggan mangkuk tu..panggil aku abang Din. Kau tinggal kat mana?" Abang Din bersetuju menerima aku bekerja dan mula menyoal. " err.. saya baru sampai dari kampung.." jawabku perlahan..

"kalau macam tu kau tinggal dengan abang. Yang lain-lain nanti kita bincang.." celah Abang Din.

Yahuuuu.. aku macam nak lompat tinggi-tinggi sampai ke awan kerana terlalu gembira...(bersambung)


Friday 3 June 2011

Kisah Kerbau dan Buaya

Pada suatu hari Kerbau yang sedang meragut rumput terdengar sura meminta tolong. Pada mulanya Sang Kerbau buat tak tahu saja. Lama kelamaan sura tersebut semakin lemah menyebabkan Sang Kerbau simpati dan mahu melihat siapa yang meminta tolong.

Sang Kerbau berjalan hingga ke tepi sungai dan mendapati suara yang meminta tolong itu adalah Sang Buaya yang ditimpa oleh pokok yang tumbang. Sang Buaya yang terlihat Sang Kerbau meminta tolong kepadanya. Sang Kerbau memang terkenal dengan susuk badan yang besar, tanduk yang panjang, tenaga yang begitu kuat sekali.

Kerana simpati dengan Sang Buaya, Sang Kerbau pun menolong mengalihkan batang pokok yang menghempap Sang Buaya. Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh akhirnya Sang Kerbau berjaya mengalihkan batang pokok tersebut. Sang Kerbau begitu gembira kerana dapat menolong Sang Buaya. Begitu juga Sang Buaya. Namun tidak semua benda akan menghargai jasa pihak lain. Sang Buaya melihat kerbau yang besar itu, seleranya berkocak. Lantas dibahamnya kaki kerbau tersebut.

Menjeritlah pula Sang Kerbau kerana terlalu sakit kaki digigit oleh Sang Buaya. Sang Kerbau menjerit meminta tolong. Kebetulan pada masa itu lalulah icon kecerdikan orang Melayu iaitu Sang Kancil. Sang Kancil begitu simpati dengan Sang Kerbau lalu mendapat satu idea. Dia menyuruh Sang Buaya melepaskan kaki Sang Kerbau dan melakonkan semula adengan Sang Buaya dihempap pokok. Sang Buaya pada mulanya berdegil namun setelah dipujuk dan Sang Kancil berjanji selepas itu dia akan dapat makan Sang Kerbau, maka Sang Buaya pun bersetuju.

Sang Buaya pun melepaskan kaki Sang Kerbau dan Sang Kancil menyuruh Sang Kerbau mengangkat kembali batang pokok tadi dan meletak di atas belakang Sang Buaya kembali seperti asal. Sang Kerbau pun mengikut arahan. Setelah batang pokok itu diletakkan, Sang Buaya menjerit kesakitan. Sang Kancil terus mengajak Sang Kerbau lari meninggalkan Sang Buaya. Sang Kerbau yang masih terpinga-pinga mengikut Sang Kancil. Tinggalkan Sang Buaya yang tidak menghargai jasa Sang Kerbau itu bersama batang pokok di atas belakangnya. Kasihan.

Tentu semua orang dapat memberikan pengajaran daripada cerita tersebut. Kisah ini sengaja saya tulis balik supaya kita dapat mengingat balik apakah perbuatan kita seharai-hari sama seperti Sang Buaya. Atau sama seperti Sang Kerbau ataupun yang terbaik sama seperti Sang Kancil. Hidup didunia kita harus sentiasa berwaspada, hormat menghormati, tolong menolong dan sentiasa berjaga-jaga dengan orang yang lebih berkuasa yang akan mengambil kesempatan pada bila-bila masa mereka suka. Saya menonton kisah teladan ini masa zaman saya kecil-kecil dahulu di RTM. Sayangnya susah nak tengok balik kartun-kartun pengajaran sebegini.. Nanti saya akan tulis lagi beberapa cerita yang mungkin menggamit memori kita semua dan maybe pengajaran yang baru bagi generasi sekarang :)

Thursday 2 June 2011

Kutipan filem-filem Melayu di Malaysia

Berikut adalah senarai terkini kutipan filem tak termasuk filem2 terbaru:-